Rasenye sume orang tahu apa itu pemimpin. Pemimpin boleh ditakrifkan sebagai ketua atau kepala yang menguruskan satu2 kumpulan supaya perjalanan organisasi menjadi lebih teratur atau tersusun. X perlu saya bincangkan panjang lebar mengenai takrif pemimpin, tapi yang mahu saya bincangkan adalah mengenai “Memahami” tugas seorang pemimpin.
Bukan semua orang sanggup menjadi pemimpin tapi ramai yang teringin menjadi pemimpin. Keinginan dan kesanggupan merupakan hal berbeza. Dari luaran kita lebih cenderung mengatakan kehidupan seorang pemimpin itu mudah, senang, kaya dan sebagainya namun mungkin kita terlepas pandang akan seksa dan perit yang ditelan seseorang pemimpin.
Alhamdulillah di Malaysia jarang sangat berlaku pemimpin merungut tak tentu pasal mengenai kerja seharian yang dialaminya kerana seorang pemimpin itu biasanya mempunyai sikap, tabah dan kuat mentalnya. Namun mungkin perkare yang selalu menjadi perbezaan antara pemimpin itu dan ini adalah kekretifan, kejujuran, dan cara bagaimana mereka menyelesaikan masalah.
Pada pendapat saya juga, seseorang pemimpin juga akan cenderung kuat bekerja apabila setiap kebaikan yang dilakukannya di hargai sekurang-kurangnya dengan “Ucapan Terima Kasih”. Saya juga sebenarnya begitu, saya x perlukan pujian, apa yang saya perlukan hanya tolong faham dan hargai apa yang saya lakukan. :) Saya ketua kelas bagi kelas saya di tempat saya belajar, walaupun tugas saya tidak sesukar Perdana Menteri tapi ia tetap mempunyai cabarannya tersendiri. Saya juga pernah di caci dan dimarah apabila tugas yang diberikan Pensyarah tidak dapat saya tunaikan dengan jayanya. Yang mencaci bukan pensyarah tapi rakan sekelas sendiri. Mungkin mereka tidak nampak pengorbanan yang saya lakukan setiap kali mereka tidur dengan nyenyaknya pada waktu malam dan waktu rehat seperti hari Sabtu dan Ahad. Semata-mata ingin melihat mereka dapat meneruskan pembelajaran dengan senangnya pada esok hari.
Apabila kita menjadi ketua, automatik kita menjadi pemimpin dalam linkungan kita. Menjadi tanggungjawab untuk kita menjalankan tugas dengan jujur, ikhlas, dan adil. Tapi adilkah jika hanya kita sebagai seorang pemimpin dicaci memanjang sedangkan anak-anak buah mengecapi kenikmatan atas penat lelah pemimpin?
Sebab itulah saya secara peribadinya tidak sukakan bantahan-bantahan melampau di jalan raya dan juga mogok yang tidak beretika dan secara tiba-tiba. Bagi saya “Berbincang” merupakan jalan yang terbaik bagi menyelesaikan setiap masalah. Tunjuk perasaan semata-mata semua orang pun boleh buat. Tapi nak selesaikan masalah itu dan ini, adakah kita boleh buat?
Mari kita same2 muhasabah diri kita sendiri. Cube renung dan berdoa kepada Allah agar kita menjadi hamba-NYA yang sentiasa berfikir sebelum membuat sebarang tindakan melulu. Tidak kesahlah, Politik atau tidak, yang penting, kita harus menanam sikap “tidak ego” dan “bawa berbincang” apabila mengalami situasi atau kegawatan dalam linkungan kita sendiri.
“Manusia semuanya tidak sempurna dan lemah, sentiasa cenderung untuk melakukan kesilapan”
Semoga kita sebagai rakyat Malaysia menjadi semakin “Matang dan Maju” hari demi hari. Kata nak jadi negara Maju 2020? :)







{ 8 comments… read them below or add one }
gud info…aq pom class rap jgak kt tmpt aq blaja
bnyk halangan dn cubaaan nye..hehe
Bagus artikel ni, saya suka :)
Betul tu… jujur, ikhlas dan adil adalah ciri-ciri seorang pemimpin yang berjaya.
Terima Kasih :)
Bukan senang nak jadi pemimpin..
Banyak cubaannya
urm…. nice topic… i totally agree w/ u ar bro…..
but right now, there a lot of people want to be a leader @ pemimpin….
they didnt reliaze that the tanggungjawab tuh brat ngat,,,
huhuhu
ye…. betul tu. Perihal pemimpin yg buat salah sebenarnye mmg salah pemimpin kerana mereka memegang tanggungjawab. Dan kite sebagai org bawah naungan atau rakyat atau anak didikan juga mempunyai tanggungjawab sebagai pengikut atau rakyat.
salah 1 cthnye adalah dgn tidak mlnggar peraturan, undang2 & sebagainyer. cth langgar traffic light. :)
dalam beragama pun mcm tu… perihal mnjage solat etc :)
Assalamualaikum. Seronok membaca entri ni. Sesuatu yang sangat bagus untuk dikongsikan kerana bukan semua orang memahami konsep kepimpinan diri. Saya juga menulis tentang kepimpinan. Jika senang boleh ziarah saya dan hayati motivasi kepimpinan Iskandar Zulkarnain.
Bukan senang nak jadi pemimpin untuk memimpin umat manusia. Banyak dugaan dan cabaran. Sebab itu zaman para sahabat tidak berebut apabila sewaktu pelantikan pemimpin diadakan. Sebab kelak akan disoal kembali diakhirat. Tapi zaman sekarang ramai nak jadi pemimpin bukan sebab apa. Sebab dapat duit, ada kontrak projek dan sebagainya.