[Gambar] Tragedi Serangan Buaya di Port Dickson

by Adney on January 18, 2010

Hai.. aku rasa saje2 nak update pasal Buaya kat Port Dickson pulak.. sebelum2 ni asyik share tutorial dan software je.. so kali ni share pasal berita plak walaupun blog aku ni bukanlah blog “Surat Khabar”.. Sekali sekala.. boleh kan? =) Berilah aku can sekali sekala.. =)

Petikan Utusan Malaysia sebelum ni menyatakan yang makhluk aneh tersebut bukanlah buaya sebaliknya ikan besar. Aku tak tahu nak caya mana satu sebab ada yang cakap ikan yu, ada yang cakap buaya. So aku hanya mampu upload gambar-gambar yang ada dan buat andaian liar jerk!

RE: Mohamad Helme Leman, 25 Mendakwa digigit Buaya yang datang dari Sungai Linggi (12KM dari Pantai Port Dickson) 2 Januari 2010.

[Gambar kesan gigitan "Buaya" yang didakwa oleh Mohamad Helme Leman]

>>Petikan Dakwaan Helme leman dari Kosmo Online:


ALOR GAJAH – Sukar untuk dipercayai. Sebelum ini banyak desas-desus di kalangan penduduk tempatan termasuk yang diperkatakan di Internet mengenai kewujudan buaya di pantai-pantai sekitar Port Dickson.

Seorang posmen Mohamad Helme Leman, 25, antara yang pernah mendengarnya. “Tetapi saya tidak pernah percaya,” katanya.

Bagaimanapun apa yang berlaku ke atasnya ketika sedang mandi-manda di salah sebuah pantai di pusat peranginan terkemuka itu baru-baru ini menyebabkan dia terus percaya dengan desas-desus itu sekali gus dianggapnya percutian mengerikan dan akan dikenang sepanjang hayat.

>>Petikan Penafian dari Utusan:

SEREMBAN 17 Jan. – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Negeri Sembilan (Perhilitan) mengesahkan kawasan Pantai Batu 4, Port Dickson selamat dan bebas daripada ancaman haiwan berbahaya.

Pengarahnya, Ishak Muhamad berkata, selepas pemantauan rapi, pihaknya menolak sama sekali dakwaan seorang lelaki bahawa dia menjadi mangsa serangan buaya di kawasan terbabit.

“Anggota kami menjalankan siasatan dan pemantauan setiap hari selepas menerima laporan kononnya terdapat kehadiran buaya di kawasan pantai itu.

“Di negara ini hanya terdapat dua jenis buaya air masin iaitu buaya tembaga dan buaya julung.

“Walaupun kedua-dua buaya ini merupakan buaya air masin, namun ia tergolong dalam jenis amfibia, di mana habitatnya berada di kuala sungai kerana memerlukan air tawar untuk hidup,” katanya di sini hari ini.

>>Petikan Dakwaan Dari Pencinta Alam Malaysia – Khoo Swee Seng (Email):

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin ketika dia dan isteri bersama dua sukarelawan datang ke Tanjung Tuan dekat sini, untuk memenuhi hobinya meneropong pelbagai jenis raptor di kawasan itu dan terkejut apabila ternampak kehadiran seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

setiap tahun saya datang ke Tanjung Tuan sempena Minggu Melihat Raptor untuk menyaksikan penghijrahan pelbagai jenis raptor seperti helang yang menyeberang dari Pulau Rupat, Sumatera ke sini, tetapi kali ini, saya tidak menyangka seekor buaya berada di kawasan ini.
buaya yang dipercayai buaya air masin atau nama saintifiknya, estuarine crocodylus prosus, muncul kira-kira 20 meter dari pantai selama kira-kira 30 minit dan kelihatan bergerak melawan arus ke arah selatan,katanya di sini, semalam.

[Gambar-gambar yang di dakwa di ambil oleh Khoo Swee Seng ini agak mengejutkan tetapi kelihatan seperti bukan di Port Dickson. Walaubagaimanapun ia bukanlah mustahil. ia boleh berlaku diluar jangkaan kita seperti mana yang berlaku di pantai sekitar benua Australia.]

So nak caya tak nak ikut masing-masing cuma bagi langkah berjaga-jaga elakkan mandi di Port Dickson. Mandi kat Pantai Air Papan Mersing Sudehh! =) Selamat!

Print, Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Twitter
  • MySpace
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • RSS
  • Tumblr
  • Yahoo! Bookmarks

Random Posts

{ 9 comments… read them below or add one }

paeh January 18, 2010 at 1:06 pm

aku agak mushkil juga. tapi biar laa. mandi kt umah g best… hahaha

Reply

adren January 18, 2010 at 3:53 pm

mggu lepas aku g pd mandi. alhamdulilah xkene.

Reply

blinkky January 18, 2010 at 8:09 pm

Gerun tengok kesan luka tu….

Reply

Abg Hoho January 18, 2010 at 11:19 pm

enthln kn.. pening.. paper ckp lain paper satu lgi ckp lain. ngok!

Reply

beliamuda January 27, 2010 at 5:35 pm

mandi dalam tandas biasa sudey.. :D

Reply

pelik January 29, 2010 at 11:24 am

Peliknyer tgk gmbar buaya yang no dua tu.. cam photoshop je…..

Reply

amri February 1, 2010 at 11:13 am

org yg kene gigit tu yg kata buaya..dia tau la..psl yg kena gigit tu dia..dah tgk luka camtu pyer bsar x prcaya lagi..tp jgn la sampai dok tkut..lgsung x pg pantai…kes tu cuma kes terpencil..nasib la..kalo nk mlg tu kt drt pun boleh kena..apa-aphal tawakal kpd Allah ats semua prkara yg di buat..nothing is impossible in this world.

Reply

Manja February 14, 2010 at 4:06 pm

Kesian orang yang kene gigit tu. Tapi nak buat camne dah kene. Daddy kata bukan buaya, tp yang penting kena hati2. Assalamualaikum

Reply

atie February 20, 2010 at 10:25 am

mane2 pun cam x selamat je skang..maybe sbb skang ni cuaca makin pns so binatang2 buas pun dh x mampu nk sembunyikan diri

Reply

Leave a Comment

:alien: :angel: :angry: :blink: :blush: :cheerful: :cool: :cwy: :devil: :dizzy: :ermm: :face: :getlost: :biggrin: :happy: :heart: :kissing: :lol: :ninja: :pinch: :pouty: :sad: :shocked: :sick: :sideways: :silly: :sleeping: :smile: :tongue: :unsure: :w00t: :wassat: :whistle: :wink: :wub:

Previous post:

Next post: